JOHOR BAHRU – Seorang remaja maut digilis sebuah lori selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 15, Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, mangsa Nurul Atikah Muchsolihim, 18, disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1 itu dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram menuju Johor Jaya.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa yang berada di lorong kanan telah terbabas ke laluan tengah.
“Pemandu lori yang pada ketika itu berada di laluan tengah tidak sempat mengelak dan menggilis mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ismail menambah, pemandu lori berusia 71 tahun yang berasal dari Taman Puteri Wangsa dekat Ulu Tiram di sini bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.