Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Insentif Bawa Pelancong Ke...

BAGAN DATUK — Pengendali dan penggiat industri pelancongan tempatan diminta supaya bergabung bagi...

131,813 Kakitangan Kementerian Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Seramai 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera...

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan...

Tindakan Terhadap Katerer Punca...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam syarikat katerer...

Restoran Berkeley Corner Akhirnya Dirobohkan

KLANG – Pegawai penguat kuasa akhirnya merobohkan sebuah restoran popular di sini malam tadi, 2 tahun selepas ia gagal dalam tuntutan undang-undang untuk menghentikan notis pengusiran.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang memulakan kerja perobohan Restoran Berkeley Corner yang terletak di Taman Berkeley kira-kira jam 10.30 malam tadi kerana didakwa menceroboh tanah milik kerajaan negeri yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

Lebih 260 orang, termasuk pegawai penguat kuasa, polis dan anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam kerja meroboh premis itu yang berakhir jam 2 pagi. Empat jengkaut dilihat di tempat kejadian.

Kawasan itu dikepung dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Terdahulu, pemilik restoran meminta pelanjutan masa sebelum kerja perobohan bermula. Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan mereka mengikuti perintah mahkamah.

Pemilik diberi masa 10 minit untuk mengosongkan premis itu. Dia dan beberapa pekerja dilihat mengeluarkan peralatan dapur dan peti sejuk sebelum bekalan elektrik di bangunan itu diputuskan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Daerah dan Tanah Klang berkata tindakan itu sejajar dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 19 Julai bahawa pengurusan restoran, Kayangan Mentari Sdn. Bhd. perlu merobohkan struktur binaan dalam masa sebulan dari tarikh keputusan tersebut.

Kenyataan itu berkata mahkamah juga menolak permohonan tinggal sementara oleh Kayangan Mentari.


Notis peringatan 7 hari dikeluarkan oleh pejabat itu pada 26 Ogos bagi mengosongkan premis berkenaan.

Ia berkata kerja perobohan perlu dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang kerana kegagalan dan keengganan pemilik untuk mengosongkan dan merobohkan struktur binaan tersebut.

Mereka yang terlibat dalam operasi termasuk anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Tenaga Nasional Bhd. dan Air Selangor Bhd.

Difahamkan pemilik memfailkan saman sivil yang menuntut penangguhan perobohan sehingga restoran itu dipindahkan ke tapak baru.

Saman itu pada mulanya ditolak oleh Mahkamah Tinggi tetapi ia dibawa ke Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 19 September.

Peguam pemilik, K Gobinath berkata perobohan itu tidak sepatutnya dilakukan sementara menunggu permohonan mereka. – FMT

Kategori