Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Thai Rampas Dadah...

BANGKOK – Polis Thai menumpaskan cubaan oleh sindiket dadah untuk membawa sejumlah besar...

Lagi Kepimpinan UMNO Johor...

Johor Bahru : Pucuk pimpinan UMNO harus bertanggungjawab atas kekalahan dalam Pilihan Raya...

RM108,000 Hangus Kerana Tidak...

Bulawayo - Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah...

“Beli Starbucks, Ingatkan Kunyah...

"BELI Starbucks tambah kacang. Kunyah-kunyah ingatkan kacang. Rupa-rupanya gel silika," demikian twit seorang...

Roboh Rumah: Mana Sikap Kemanusiaan Kerajaan Selangor?

SUNGAI BULOH – Kerajaan Selangor digesa berperikemanusiaan terhadap penduduk yang mendirikan rumah berhampiran Sungai Kedondong, di Paya Jaras, di sini.

Selaku sebuah kerajaan, mereka harus memiliki sifat belas kasihan dengan tidak sewenang-wenangnya meroboh rumah yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan negeri sebelum menyediakan alternatif yang sebaiknya.

Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad berkata, pihaknya tidak pernah sesekali menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pelebaran Sungai Kedondong sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini.

“Kami sebagaimana penduduk bukan berhasrat untuk menuntut pemilikan tanah yang akan diambil untuk perluasan sungai demi kepentingan awam.

“Tuntutan penduduk untuk menangguhkan perobohan sehingga anak-anak selesai menghadapi peperiksaan PT3, PSRA, SPM dan lain-lain adalah satu tuntutan kemanusiaan.

“Perobohan yang dilakukan semalam sangat mengganggu masa depan anak-anak yang menghadapi peperiksaan, yang bakal  mencorak masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Paya Jaras Hilir, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Dewan Muslimat PAS, Senator Nuridah Salleh; Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh, Siti Rohaya Ahad.

Zaharuddin mendakwa, tindakan merobohkan rumah-rumah penduduk itu dilakukan tanpa ada perancangan susulan seperti penyediaan rumah persinggahan sementara.

Situasi itu menyebabkan penduduk terutama kanak-kanak terpaksa merempat dalam khemah terbuka serta terdedah kepada jerebu, hujan dan sebagainya.

Katanya, penduduk kini menuntut janji daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Khairuddin Othman yang pernah berjanji akan mempertahankan agar rumah penduduk terbabit tidak diroboh, sehingga mereka berasa berhak untuk kekal menetap di tanah tersebut.


“Mereka (penduduk) adalah warga negara Malaysia pemegang kad pengenalan biru, bukan pendatang asing yang menceroboh tanah kerajaan sebagaimana dakwaan setengah pihak.

“Terdapat penduduk yang mempunyai geran sementara pajakan 99 tahun. Namun apabila ditanya kepada pegawai terlibat mengatakan bahawa rumah mereka di luar daripada geran yang diberikan,” ujarnya.

Berikutan itu, PAS Sungai Buloh menggesa kerajaan Selangor menunjukkan bukti yang menyatakan rumah penduduk di situ di luar daripada geran.

Meskipun begitu, perkara tersebut bukan keutamaan, sebaliknya, mendesak tuntutan kemanusiaan, sekurang-kurangnya menyediakan tempat tinggal untuk mereka berteduh.

Setakat ini, kerajaan negeri telah meroboh sebanyak 67 buah rumah dan kerja-kerja itu bermula sejak semalam.

Purata lebih 250 orang penduduk yang terjejas kini ditempatkan di bawah khemah sementara yang dibina atas ehsan warga setempat tanpa kemudahan asas seperti tandas, tempat salin pakaian tertutup dan sebagainya.

Sebanyak 92 rumah akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Sungai Kedongdong bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku.

Pada 4 September lalu, kerajaan negeri Selangor menerusi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Sungai buloh, R. Sivarasa telah memberi jaminan kepada penduduk yang turun berhimpun secara aman di luar pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa tidak akan berlaku sebarang tindakan sehingga bulan November. – MalaysiaGazette

Kategori