Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Betul Ke Tyrese Gibson...

PADA pertengahan tahun lalu pelakon Fast & Furiuos, Tyrese Gibson dikatakan telah memeluk Islam....

ROGOL: Hukuman Ahli Ruffedge...

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap...

HFMD: Jabatan Kesihatan Melaka...

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar...

Serpihan Dron Bukti Iran Terlibat Dalam Serangan

RIYADH – Kementerian Pertahanan Arab Saudi mendedahkan serpihan dron dan peluru berpandu membuktikan penglibatan Iran dalam serangan di dua kemudahan minyak mentahnya pada Sabtu lalu.

Menurutnya, sebanyak 18 dron dan tujuh peluru berpandu telah dilepaskan dari Yaman sebagai sumber.

Pemberontak Houthi sebelum ini mengakui melakukan serangan tersebut.

Namun, Iran menafikan sebarang penglibatan dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak balas terhadap sebarang serangan yang mensasarkannya.

Amerika Syarikat (AS) pula mempertahankan tuduhannya bahawa Iran terlibat dalam serangan tersebut.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang tiba di Arab Saudi pada hari Rabu berkata, serangan dron ke atas kemudahan minyak itu merupakan tindakan perang.

Presiden Donald Trump berkata, AS mempunyai “banyak pilihan” untuk tindak balas.

“Terdapat pilihan utama, dan terdapat banyak pilihan yang kurang daripada itu. Dan kita akan lihat, kita berada dalam kedudukan yang sangat kuat,” katanya.

Bukti serangan dron dan peluru berpandu itu dibentangkan oleh Kolonel Turki al-Maliki.


Serangan itu dilancarkan dari utara dan “tidak disangkal oleh Iran.”

Bagaimanapun, Kolonel Maliki berkata, Arab Saudi masih “berusaha untuk mengenal pasti lokasi tepat pelancaran serangan.”

Tambahnya, serpihan-serpihan itu menunjukkan sayap delta dron menunjukkan ia dari Iran.

“Data melalui komputer mendedahkan dron dari Iran,” kata Maliki.

Ujar beliau, sebanyak 18 dron telah dilepaskan ke arah kemudahan minyak Abqaiq dan tujuh peluru berpandu dilancarkan pada dua sasaran.

Peluru berpandu membedil medan minyak Khuarais dan tiga lagi di Abqaiq. – Agensi

Kategori