Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

6,000 Warga Sabah Daftar...

KOTA KINABALU - Lebih 6,000 warga Sabah mendaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti...

Kilang Perabot Rugi Hampir...

ALOR SETAR - Sebuah kilang perabot dan kilang kasut yang terletak di dalam...

PAN Sedia Tunggu Kewujudan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menunggu kewujudan pakatan baharu pembangkang...

Juri Kontroversi X-Factor Mohon...

ISU berhubung komen kontroversi oleh pasangan juri suami isteri di program realiti X-Factor New...

Sultan Ismail Petra Dekat Di Hati Rakyat

KOTA BHARU – Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan ke-28 yang sangat dekat di hati rakyat sepanjang pemerintahan baginda.

Baginda memerintah Kelantan bermula 30 Mac 1980 sehingga September 2010 setelah disahkan gering ketika itu dan digantikan putera sulungnya, Tengku Muhammad Faris Petra, yang kini bergelar Sultan Muhammad V.

Selama memerintah, baginda begitu banyak mendekatkan diri de­ngan rakyat sebagai payung yang menjadikan rakyat berbilang kaum di negeri ini hidup dalam keadaan bersatu padu.

Sultan Ismail Petra mengalami strok sejak 14 Mei 2009. Berikutan itu baginda diberi rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Bagaimanapun apabila gering ba­ginda berterusan, panel pakar memutuskan baginda telah tidak mampu menjalankan tugas untuk memerintah negeri dan memutuskan putera sulungnya itu sebagai sultan yang baharu.


Melalui perkahwinan baginda de­ngan Tengku Anis, baginda dianugerah empat cahaya mata iaitu Tengku Muhammad Faris Petra (kini Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad V) Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kini Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Almarhum Sultan Ismail Petra merupakan seorang Sultan yang sangat menghargai serta menghormati golongan ulama dan agamawan.

Beliau berkata, pelantikannya sebagai Mufti negeri contohnya menzahirkan kepercayaan tinggi baginda biarpun Mohamad Shukri sendiri merasakan banyak lagi tokoh agama yang lebih hebat.

Kategori