Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dana Mewah Rahsia Kim...

SEOUL - Spekulasi bertiup kencang di Korea Selatan susulan kes pembunuhan abang tiri...

Kebakaran 6 Kereta Di...

PETALING JAYA - Kebakaran yang memusnahkan enam buah kereta di tempat letak kenderaan...

Rakaman CCTV Haziq Masuk...

KUALA LUMPUR – Siri video lucah melibatkan Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah...

Caruman KWSP Hanya Untuk...

KUALA LUMPUR - Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang...

Tema ‘Sayangi Malaysia Kita’ Mungkin Lebih Baik

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berpendapat adalah lebih baik sekiranya ‘Sayangi Malaysia Kita’ dijadikan tema sambutan kemerdekaan tahun ini.

Menurutnya, tema ‘Sayangi Malaysiaku’ yang merupakan tema rasmi hari kemerdekaan seolah-oleh meminta orang lain untuk menyayangi negara ini.

“Walaupun tema ‘Sayangi Malaysiaku’ bertujuan menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat namun mungkin tidak seperti istilah yang betul.

“Kedengaran seperti pengakuan atau permintaan kepada orang lain selain rakyat Malaysia untuk menghargai Malaysia,” katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Tambah Rahim walaupun pendapatnya mungkin tidak begitu popular namun tema ‘Sayangi Malaysia Kita’ atau ‘Cinta Malaysia’ merangkumi panggilan untuk menghargai negara.


“Ini merupakan peringatan yang baik bahawa tidak kira apa perbezaannya di kalangan rakyat Malaysia, mencintai negara kita dan menghormati satu sama lain akan sentiasa menjadi asas perpaduan kita,” katanya.

“Saya suka dan menghargai negara kita dan saya berharap bahawa tema untuk majlis yang begitu penting boleh dijadikan lebih baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori