Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Comel…Anak Kambing Dan Lembu...

LONDON ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Berlari ke sana sini berdua-duaan, berlaga hidung dan saling menggeselkan badan...

KPDNHEP Kedah Rampas Pelapik...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah...

Pejuang Sudah Kemuka Rayuan...

PUTRAJAYA - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sudah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri...

Presiden FAM: KJ Ambil...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil pendirian tunggu dan lihat...

Terus Siasat Skandal Terowong Dasar Laut – Ka Siong

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi digesa menyiasat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang memaklumkan telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya semalam.

Menurut beliau, surat tersebut dihantar sekali lagi selepas tiada maklum balas pembongkaran yang dibuat SPRM terhadap skandal terowong terbabit dahulu.

“Semalam saya telah menulis surat kepada Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan salinan laporan polis tentang pembongkaran kertas siasatan mengenai skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Surat yang serupa telah ditulis kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan bekas Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull atas saranan Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada 1 April. Tetapi, tiada sebarang maklum balas sehinggalah mereka berdua bersara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya hari ini.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ka Siong menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengelak untuk berdebat dengannya berhubung isu projek terowong tersebut.

“Chow Kon Yeow kata saya perlu menjelaskan bagaimana saya dapat angka RM20 bilion untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Saya sudah pun menjelaskannya dan boleh disemak dalam hantaran dalam Facebook saya lima hari lepas. Adakah Chow Kon Yeow buat-buat tak nampak?

“Chow Kon Yeow kata ‘Nilai projek yang Wee Ka Siong dapat ialah RM16.4 bilion lebih tinggi daripada harga yang dinyatakan kerajaan negeri iaitu RM3.6 bilion. Kenapa perlu debat? Ia tidak membantu kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjimatkan apa-apa’,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori