PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Allahyarham Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung malam tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Seluruh warga SPRM menzahirkan ucapan takziah kepada Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Said, 67, meninggal dunia pada pukul 11.10 malam semalam di rumah anaknya di Rawang akibat sakit jantung.
Allahyarham telah menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula pada 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009. – K! ONLINE