Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Telur Dadar Gergasi Dimasak...

BRUSSELS - Ketika seluruh Eropah dilanda kebimbangan isu telur ayam beracun di pasaran,...

Hayati Perjuangan Bersatu Sebelum...

BALIK PULAU – Bekas anggota dan pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi...

Filem Jejak Warriors Bukan...

KUALA LUMPUR - Filem Jejak Warriors yang kini boleh ditonton di saluran Astro...

Pesawat Tenaga Suria, Solar...

ABU DHABI - Percubaan pertama untuk terbang mengelilingi dunia menggunakan pesawat yang dijana...

Ultras Malaya Kongsi Detik Cemas Diserang Penyokong Indonesia

INSIDEN rusuhan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam tadi mengundang cemas kalangan penyokong pasukan Harimau Malaya.

Bagi Ultras Malaya Firoz Khair, 28, situasi tegang di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua perlawanan bermula sedari awal sebelum detik masuk ke stadium.

Menurutnya, kehadiran penyokong pasukan negara memasuki stadium disambut dengan ‘hujan batu’ yang dilontar penyokong tuan rumah.

Malah, kata Firoz, keadaan menjadi semakin tegang pada akhir perlawanan apabila penyokong tuan rumah bertindak lebih agresif dengan membaling botol, suar, dan juga besi kepada penyokong Malaysia gara-gara kemenangan pasukan Harimau Malaya.

“Keadaan cemas berlaku selepas perlawanan dihentikan seketika sehinggalah ke wisel penamat.

“Kami cuba evacuate semua penyokong masuk ke dalam, tetapi barang banyak berterbangan jadi kami turun ke bawah.

“Kami cuba menyelamatkan diri masuk ke dalam conference room selepas perlawanan berakhir.

“Bila semua berkerumun masuk ke dalam conference room, ia mengakibatkan kesesakan dan ambil masa sehingga 15 minit untuk berada di bilik itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal susulan tindakan pantas pihak polis dan tentera Indonesia.


“Semua penyokong kebanyakannya selamat, tidak ada apa-apa berlaku selepas keluar stadium jam 1 pagi waktu Indonesia.

“Kami terus ke Lapangan Terbang dan diiringi polis Indonesia setengah jam kemudian.

“Polis masih berkawal sekeliling kami. Ada penyokong yang dah balik pagi tadi (Jumaat), ada juga yang masih berada di Jakarta,” katanya lagi.

Mengenai dakwaan kehilangan enam rakan mereka seperti yang tular di sosial media, jelas Firoz, kesemua mereka tidak hilang, sebaliknya diselamatkan oleh polis.

“Info mengatakan hilang enam orang itu tidak ada apa berlaku cuma terpisah dalam stadium sebab ditarik polis Indonesia.

“Polis banyak membantu kami juga dalam pastikan keselamatan terjamin,” ujarnya sambil berterima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia.

Kejadian pada malam Khamis itu menjadi tular menerusi beberapa video di laman sosial, antara lain menunjukkan penyokong Malaysia terpaksa menyelamatkan diri ke dalam bangunan stadium selepas dihujani lontaran batu, besi, dan suar oleh penyokong tuan rumah. – Astro AWANI

Kategori