KUALA LUMPUR – Warnaget menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa pengguna Islam melakukan kempen memboikot produk perniagaan keluaran peniaga bukan Islam.
Sebaliknya kebanyakan mereka memberitahu kempen itu dijalankan untuk mengutamakan produk keluaran peniaga bumiputera.
Seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Zuera Rashid memberitahu kempen itu dijalankan hanya untuk membantu memajukan produk keluaran orang Islam.
āKami tak boikot produk bukan Islam cuma kami nak memajukan produk orang Islam sahaja,ā tulisnya.
Guan Eng selaku Menteri Kewangan dalam kenyataannya semalam mahu UMNO dan PAS membantu menghentikan kempen memboikot produk bukan bumiputera kerana gerakan itu tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara.
Katanya, kempen itu bukan hanya akan menjejaskan perpaduan negara tetapi boleh menyebabkan pengguna memboikot produk yang lebih baik dan murah.
Dalam pada itu, pemilik akaun Awears Affnan turut menafikan kenyataan Guan Eng dan menegaskan hanya ingin membantu usahawan bumiputera.
āBukan boikot, utamakan produk Muslim secara tidak langsung orang Islam akan beli keperluan harian 99 peratus barangan Muslim tiap-tiap hari,ā kongsinya dalam akaun Facebook.
Sementara itu, pemilik akaun Twitter, Zainudin Osman turut mempersoalkan kenyataan Guan Eng mengaitkan isu tersebut dengan pembelian telefon.
āKita kempen utamakan membeli produk Muslim bukan boikot produk bukan Muslim.
āYang Guan Eng pergi buat lawak boikot telefon ini apa cerita?ā soalnya. – UTUSAN ONLINE