Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suka Hati Tulis P*^#M@K...

Lim Pei Jye, 41, mengaku bersalah atas menandatangi surat saman dengan perkataan kesat...

Pemain Kedah Bakal Terima...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan memberi ganjaran sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain...

Miliki 10 Mahkota Ditempah...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd.,...

Tak Jadi Kahwin Dengan...

NEW DELHI - Seorang pengantin perempuan sanggup tidak berkahwin daripada bersuamikan kepada seorang...

Wong Tack Gesa SPRM Siasat PMO Kerana FAQ Lynas

PETALING JAYA – Wakil rakyat DAP, Wong Tack menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat para pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) atas kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah susulan penerbitan soalan sering ditanya (FAQ) mengenai Lynas.

Wong, yang lantang mengkritik loji pemprosesan nadir bumi itu berkata, dia tak percaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan membenarkan pejabatnya dijadikan seperti “pejabat jualan” dan pegawai-pegawainya jadi jadi seperti “alat sebaran Lynas”.

“Oleh itu, adalah mustahak kita mengenal pasti pegawai tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan dan menghina pejabat tertinggi di negara ini,” kata Ahli Parlimen Bentong itu dalam kenyataan.

Wong Tack mendakwa jelas mereka disebalik FAQ itu berniat untuk mewajarkan operasi sebuah syarikat asing, yang “selama bertahun-tahun gagal mematuhi undang-undang dan peraturan kita.”

Pada Rabu, PMO senaraikan 3 kesan sekiranya tempoh lesen operasi Lynas tidak dilanjutkan, termasuk lebih 600 pekerja tempatan hilang pekerjaan, dan tidak dapat memecahkan monopoli China ke atas eksport nadir bumi.

Katanya, kredibiliti Malaysia sebagai negara mesra perniagaan juga akan terkesan.

Infografik 14 perkara itu berkata dapatan data dan laporan daripada agensi kerajaan dan pakar-pakar menunjukkan operasi Lynas di Gebeng, Pahang sejak 6 tahun lalu terkawal dan selamat.


Pengkritik Lynas, termasuk dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pernah menuduh kilang nadir bumi itu mencemar alam sekitar.

PMO berkata Lynas memenuhi dan mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, dan diiktiraf mengikuti piawaian antarabangsa termasuk ISO untuk kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Lynas terpalit kontroversi sejak beberapa tahun lalu apabila aktivis alm sekitar dan ahli-ahli politik PH membantah kilangnya atas sebab-sebab kesihatan dan menyeru ia ditutup.

Pada 15 Ogos, Putrajaya bersetuju untuk melanjutkan lesen opreasi Lynas selama 6 bulan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat. – FMT

Kategori