Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Beragama Islam Antara...

PIHAK polis Perancis mengesahkan salah seorang anggota mereka yang terkorban dalam serangan tembakan...

RM65.27 Juta Dana Bantuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah...

Malaysia Perlukan Kesederhanaan

PUTRAJAYA - Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku...

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Melawat UPNM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat melawat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 10.15 pagi di Bangunan Canselori diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.

Dalam lawatan lebih dua jam itu, Sultan Abdullah berkenan mendengar taklimat daripada Abdul Halim mengenai latar belakang universiti itu.

Baginda turut dibawa ke Pusat Maritim untuk melihat simulator kapal selain melawat pameran pencapaian oleh warga UPNM termasuk produk penyelidikan dan akademik.

Selesai lawatan, Seri Paduka kemudian berkenan bergambar dan bersalaman bersama warga UPNM termasuk penuntut.

Keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah kemudian diiringi oleh 1,500 pegawai kadet dan pelajar awam yang berdiri memberi tabik hormat sepanjang laluan pintu keluar universiti itu.

Kategori