Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tunjong Bakal Pusat Bandar...

KOTA BAHARU - Bandar baharu Tunjong di sini bakal menjadi pusat bandar terbesar...

46 Korban Banjir Setakat...

Sebanyak 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki...

GPMS Kecam Senator DAP...

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kecam keras pandangan biadab Senator...

Apa Faedahnya Saya Cipta...

NAMA pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar sekali lagi menjadi sebutan gara-gara kini...

Yazit Search Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR – Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

Menurut Facebook rasmi Sang Gendang – Yazit Search, Allahyarham meninggal dunia disisi keluarga dan sahabat handai di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih.

Yazit sebelum ini dilaporkan kritikal di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

Terdahulu, pemuzik berusia 57 tahun itu dikejarkan ke wad Urologi dan Nefrologi hospital berkenaan kira-kira jam 3 pagi Selasa lalu selepas mengadu sesak nafas.


Doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak (brain damage) berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Awal bulan September lalu dikejarkan ke HKL kerana mengadu sesak nafas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ramlah Ahmad, 59, serta tiga cahaya mata iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29. – UTUSAN ONLINE

Kategori