Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hanya 16% Ibu Bapa...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan bahawa hanya 16 peratus...

5 GRO Thailand &...

GEORGE TOWN - Lima wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

10,000 Tiket Perlawanan TFC...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 10,000 keping tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama...

Lelaki Terbakar Kereta Angkara...

SEBUAH video rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Michigan, Amerika...

Ysuku: Shuib Bengang Kaitkan Dengan Artis

KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib kesal kerana ada pihak yang mengaitkan amaran polis untuk tidak mengubah suai motosikal Y15ZR atau Ysuku dengan artis.

Ini kerana, katanya, ada yang mendakwa golongan artis yang memiliki Ysuku menganjurkan perlumbaan di lebuh raya semata-mata untuk bertaruh wang ringgit.

“Tengah kecoh pasal operasi Y15 dan dipetik pula nama artis terlibat dalam pengubahsuaian, ya mungkin benda salah, tapi tak faham juga kenapa ada yang nak anjurkan di lebuh raya, siap bertaruh dan letak di media-media sosial. Apa ni?

“Kita orang (artis) tak tunjuk tau benda-benda begitu dan tak buat pun. Kenapa perlu dipertontonkan dan benda itu memang tak bagus pun siap ada taruh duit lagi. Sebenarnya main motor nak kena tunjuk macam tu ya?” katanya.

Isnin lalu, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain memberi amaran supaya  penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana menyalahi undang-undang.

Kategori