KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Nur Juliana binti Abdul Rani malam semalam.
Menerusi satu kenyataan akhbar, majlis pernikahan diadakan secara kecil-kecilan telah berlangsung di Ampang Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan tujuh berbalas sembilan.
Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan umrah bersama tidak lama lagi.
Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Terdahulu, sejak mula kembali aktif menyanyi apabila melibatkan dalam pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza musim 5 Zamani, 48, kerap meluahkan hasrat untuk berumahtangga. – K! ONLINE