Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

GST Rasional Untuk Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkait rapat menjadikan...

Williams Muncul Juara Piala...

JOHOR BAHRU - Pelayar Britain, Ian Williams mencipta kemenangan berganda dengan merangkul kejuaraan...

Lelaki Myanmar Didakwa Lambung...

AMPANG - Seorang lelaki Myanmar yang melambung anak saudara perempuannya berusia dua tahun...

TMJ Gesa Peminat Bola...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa penyokong di...

Zuraida Jangan Pro Pemaju, Fokuslah Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin yang dilaporkan mahu menganjurkan satu lagi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk warga China dan Hong Kong.

Kata Mohd. Redzuan, tindakan tersebut hanya akan menjadikan harga rumah di negara ini semakin melonjak naik dan jauh daripada kemampuan pembelian warga tempatan.

Sedangkan, tegas beliau, fokus kementerian diketuai Zuraida itu seharusnya kepada keupayaan rakyat tempatan untuk membeli rumah mampu milik dengan menggalakkan pemaju mencari jalan menurunkan harga yang berpatutan.

“Pasaran sepatutnya terbuka tanpa campur tangan kerajaan. Pemaju buat spekulasi dan ambil risiko. Pembangunan (perumahan) berasaskan tanah. Dengan membenarkan pembelian dari warga asing China, nilai tanah kita tidak mampu dibeli oleh warga tempatan akibat kenaikan terus menerus harga rumah.

“Contohnya di Johor Bahru apabila pemaju cenderung membina rumah untuk warga Singapura. Menteri Perumahan (dan Kerajaan Tempatan) ini pro pemaju,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Zuraida dilaporkan mahu menganjurkan HOC khas bagi pembeli dari China dan Hong Kong sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan masalah unit kediaman mewah yang belum dijual sehingga mencecah nilai berjumlah RM100 bilion.


Walau bagaimanapun, jelas Zuraida, beliau akan terlebih dahulu membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi sebelum mendapatkan kelulusan daripada Kabinet.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan turut menyuarakan kebimbangannya terhadap cadangan tersebut yang dilihat boleh menarik minat lebih ramai jutawan dari negara luar untuk membeli rumah di Malaysia.

“10 peratus dari populasi China adalah jutawan. Itu sudah 100 juta (orang). Dan 10 peratus daripada populasi India juga ada dalam kategori sama. (Jika dicampur) itu sudah 200 juta (orang).

“Kalau kita buka ‘kangkang’ kita, mereka juga akan sedia untuk datang. Tak hairanlah ekonomi kita bermasalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori