Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Marsha Akui Sudah Peluk...

BAGI menjawab teka-teki ramai mengenai status agamanya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya...

UPNM Bakal Tubuh Kursi...

KUALA LUMPUR - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal menubuhkan Kursi Pengajian Onn...

Video Pelajar Dilanggar Mati:...

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Caprice memberi keterangan kepada polis berkenaan video dimuat...

#LoFattah Ungguli Anugerah MeleTop...

ANUGERAH MeleTOp Era 2017 yang melabuhkan tirainya semalam menyaksikan pelakon Fattah Amin dan pengacara...

Zuraida Menteri Malaysia Atau Hong Kong Dan China?

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sama ada Zuraida Kamaruddin adalah menteri Malaysia atau Hong Kong dan China.

Persoalan itu dibangkitkan susulan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berhasrat melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) khas untuk warga dari dua negara tersebut.

Beliau turut menyindir tindakan Naib Presiden PKR itu.

“Menteri Perumahan kita nak lancarkan Kempen Pemilikan Rumah untuk warga Hong Kong dan China pulak.

“Bijak! Bijak! Dia ni menteri untuk Malaysia atau menteri untuk Hong Kong dan China?” katanya dalam status akaun Facebook miliknya, hari ini.


Terdahulu, Zuraida bercadang menganjurkan HOC khas bagi pembeli di China dan Hong Kong dengan menyasarkan penjualan kediaman mewah.

“Saya memikirkan unit yang belum dijual di pasaran mewah, kini bernilai RM100 bilion. Jadi, saya fikir kita mahu menganjurkan kempen HOC di China atau Hong Kong,” kata Zuraida. – UTUSAN ONLINE

Kategori