Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pendaftaran MyDigital ID Untuk...

PROSES pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam...

8 ‘Pelakon Hebat’ Dewan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional berkata, ADA ramai pelakon berkelayakan...

Berita Palsu Melemahkan Demokrasi

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri...

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang...

PUTRAJAYA - Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan...

2 Wanita Edar Dadah Dijatuhi Hukuman Mati

GEORGE TOWN – Dua wanita dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan monaacetylmorphines seberat 294.9 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Zawani Zulkifli, 33, dan Nur Zahirah Yusoff, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya, Akhtar berkata tiada keterangan yang menunjukkan Zawani dan Nur Zahirah secara sukarela membantu dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.

“Selain mengambil kira jenis dadah, iaitu heroin dan morfin, pihak pembelaan juga gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah dan dengan itu kedua-dua tertuduh didapati bersalah,” katanya.

Dua rakan itu kelihatan menitiskan air mata sebaik hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas mereka.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar 212.7 gram heroin dan 82.2 gram monaacetylmorphines di sebuah kediaman di Park View Tower, Jalan Harbour Place Off Jalan Assumption, Seberang Perai Utara dekat sini, pada pukul 4.45 petang, 18 Dis 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Yasinnisa Begam Seeni Mohideen, manakala Zawani diwakili peguam V Parthipan dan Nur Zahirah diwakili peguam Simon Murali.

Kategori