Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 4 MCKK...

PUTRAJAYA - Pelajar Tingkatan Empat Kolej Melayu Kuala  Kangsar di Perak, Mohamad Raziekh...

Polis Cari Suspek Kes...

KUALA KRAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem,...

Serangan Udara Rusia Bunuh...

DAMSYIK - Seramai 12 komander kumpulan Nusra Front terbunuh dalam serangan udara tentera...

Sultan Sharafuddin Terkejut Selangor...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan...

35 Jemaah Umrah Maut Nahas Di Arab Saudi

RIYADH – Sekurang-kurangnya 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas di Arab Saudi selepas sebuah bas yang disewa khas berlanggar dengan jentera angkut semalam.

Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap polis melaporkan kemalangan itu berlaku di laluan Hajra kira-kira 170km dari Madinah berhampiran perkampungan al-Akhal.

Kejadian kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) itu membabitkan penumpang ekspatriat warga Asia dan Arab.

Terdahulu media tempatan melaporkan seramai 36 maut dalam kejadian itu.

Pihak Berkuasa Palang Merah dan perkhidmatan kecemasan lain turut dikerah ke lokasi kejadian.

Susulan insiden itu, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – Agensi

Kategori