Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Orang Ramai Pilih Rakam...

Seorang ibu dan anaknya yang terlibat dalam kemalangan selepas sebatang pokok menghempap kereta...

2 Maut, 3 Parah...

KUALA LUMPUR - Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan...

Pulih Upaya Bertutur Selepas...

STAPLEHURST - Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan untuk bertutur selepas diserang...

“Tatu Tetap Haram Walaupun...

SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar...

8,489 Kes ‘Scammer’ Direkod Tahun Lepas Hingga Ogos

KUALA LUMPUR – Kerugian berjumlah RM410.6 juta membabitkan 8,489 kes direkodkan berlaku sepanjang tahun lepas hingga Ogos lepas (2019) akibat kegiatan jenayah scammer.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis di laman Parlimen berkata, berdasarkan statistik polis, dalam tempoh itu 7,833 kes melibatkan pinjaman tidak wujud juga dilaporkan berlaku melibatkan kerugian berjumlah RM71.7 juta.

“Menyedari pelbagai kes ‘scammer’ yang semakin berleluasa, kerajaan berusaha menangani isu ini termasuk dengan melancarkan portal semakan ‘mule account’ (akaun palsu menggunakan identiti yang dimanipulasi) secara dalam talian melalui laman web rasmi polis.

“Polis juga mewujudkan akaun Facebook ‘Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police’ untuk berkongsi maklumat berkenaan modus operandi kes-kes jenayah siber atau komersial untuk memberi peringatan kepada masyarakat mengenai kegiatan keji ‘scammer’.

“Kita juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik akaun bank rakyat tempatan yang memberi pinjam akaun bank mereka kepada penjenayah selain turut mewujudkan kerjasama dengan institusi kewangan dan Bank Negara untuk mengesan dan membuat tangkapan terhadap pemilik keldai akaun itu,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang meminta menteri menyatakan jumlah kes “scammer” termasuklah “Macau Scam”, “Love Scam” dan tawaran pinjaman yang tidak wujud bagi tempoh 2018 dan 2019.

Kategori