Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pusat Pemindahan Di Kota...

KOTA KINABALU - Pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Tun Said di Kota...

Mahathir Makin Biadab, Pertikai...

PANAS... Dalam situasi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), maka satu strategi yang biasa...

5 Anak Arwah ASP...

TANAH MERAH - Lima anak Allahyarham ASP Mohd Noor Mat Yaub yang maut...

Seorang Wanita Maut, 4...

IPOH - Seorang wanita maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan...

Abdul Hadi, Mahathir Akan Bertemu Di Kongres Maruah Melayu

PETALING JAYA – PAS mengesahkan Presidennya Abdul Hadi Awang akan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pimpinan parti.

“PAS menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2019.

“Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat mengambil ketetapan bersetuju untuk presiden PAS menghadiri Kongres tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongres Maruah Melayu akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad diundang sebagai tetamu khas yang akan memberikan amanatnya di penghujung acara.


Menurut Takiyuddin, kehadiran PAS adalah bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional.

Semalam, penganjur Kongres Maruah Melayu menafikan kongres yang dianjurkan empat universiti itu alat politik mana-mana parti.

Ketua Eksekutif Sekreteriat, Prof. Zainal Kling berkata kongres itu tidak melibatkan sebarang ahli politik, sebaliknya mereka hanya diundang.

Empat universiti yang menjadi penganjur bersama adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Kategori