Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Nafi Adakan Pertemuan...

MILAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan...

Asus ZenWatch 2 Akan...

Asus telah memperkenalkan jam tangan berasaskan kepada Android Wear mereka, iaitu ZenWatch pada...

PAS Pelawa Mahfuz Hadir...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak perlu menjadi...

Zahid Dibayar Sehingga RM50,000...

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Isa Samad memberitahu Mahkamah Tinggi bekas majikannya itu...

Agong Berangkat Ke Munaqasyah Agama Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Majlis Munaqasyah yang berlangsung hampir tiga jam itu bertujuan membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka dan memantapkan agensi-agensi agama di setiap negeri berkenaan.

Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka adalah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembangaan Persekutuan.

Munaqasyah itu disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar dan semua pengerusi, Yang Dipertua Majlis Agama Islam, mufti, ketua hakim syarie serta pengarah Jabatan Agama Islam dari setiap negeri naungan Seri Paduka.

Antara kertas kerja dan taklimat yang disembahkan kepada Seri Paduka adalah isu upacara berdoa secara beramai-ramai mengikut agama dalam sesuatu program, program MyInsanniah, peranan Institut Pengajian Tinggi Awam dalam eko-sistem halal negara dan isu lain berkaitan hal ehwal Islam.

Rumusan pembentangan itu akan dipanjangkan dalam bentuk laporan oleh Seri Paduka untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang dijadual berlangsung 30 dan 31 Oktober ini.

Kategori