Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Haram Guna Kadbod Wajah,...

MUFTI Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menjelaskan penggunaan iklan kadbod, patung plastik...

Ibu Tunggal Nyaris Maut...

KUALA LUMPUR: Niat untuk menutup pintu beranda rumahnya di tingkat 10 ketika hujan...

Penyokong Kelantan Tolak Hujah...

KUALA LUMPUR - Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah pengurusan kelab...

Abby Abadi Tuntut Puluhan...

AWAL bulan lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk 'Abby Abadi Lagi…Ditegur Peminat Dedah...

Agong Bergegas Lawat Kediaman Terbakar Di Kg. Baru Cina Benta

KUALA LIPIS – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini membuat lawatan mengejut ke Kampung Baru Cina di Benta, Kuala Lipis di mana 22 orang tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran awal pagi tadi.

Seri Paduka berangkat ke Benta sejurus selepas menerima keberangkatan tiba Raja-Raja ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 di Istana Negara di Kuala Lumpur, pagi ini.

Tuanku tiba dengan helikopter di padang Sekolah Kebangsaan Benta pada jam 11.53 pagi sebelum sampai di kampung itu yang terletak berdekatan pada kira-kira jam 12 tengah hari menggunakan sebuah kenderaan SUV yang menunggu baginda.

Dalam kejadian jam 1.08 pagi tadi, sebanyak 15 buah rumah di kampung itu musnah dalam kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah mengingatkan rakyat agar berwaspada dan memberi perhatian kepada bangunan lama dan usang terutama dalam aspek pendawaian elektrik yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Walaupun semua penghuni rumah selamat, ia adalah peringatan kepada kita mengenai betapa bahayanya kejadian ini yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja jika kita tidak berhati-hati,” titah Tuanku.


Seri Paduka turut menzahirkan simpati dan berharap keluarga mangsa terbabit bersabar dan agar semua pihak sama-sama memberikan bantuan.

“Pihak pejabat daerah dan pejabat yang berkaitan akan membuat laporan yang sewajarnya dan kita akan usahakan untuk mencari sumber-sumber untuk boleh kita baiki harta-harta (yang musnah) dalam kebakaran ini,” titah Tuanku.

Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa serta meninjau kawasan kediaman yang terbakar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad ketika ditemui di tempat sama berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan akan diketahui dalam waktu terdekat.

Kategori