Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penantian Filem Tombiruo, Ramlee...

BERDEBAR-DEBAR rasanya menantikan tarikh 12 Oktober bagi menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu tahun ini,...

Hadi Awang Menghadap Sultan...

IPOH - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menghadap Sultan...

MIC Tunggu Permohonan Rasmi...

KUALA LUMPUR : Pendirian MIC berhubung kemasukan mana-mana parti politik termasuk Parti Bangsa...

Hadi Tak Pernah Kemuka...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah memberi...

Agong Berkenan Terima Menghadap Wakil Presiden Indonesia

TOKYO – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap wakil Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pertemuan yang bermula pada 10 pagi waktu tempatan (kira-kira 9 pagi waktu Malaysia) berlangsung selama kira-kira 20 minit.

Al-Sultan Abdullah dan Ma’ruf berada di sini bagi memenuhi undangan kerajaan Jepun untuk menghadiri Upacara Pertabalan Maharaja ke-126 Jepun, Maharaja Naruhito yang akan berlangsung di Istana Imperial, tengah hari ini.

Turut menghadiri pertemuan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Samsuddin; Menteri Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Mohd Ishrin Mohd Ishak, dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Datuk Rozainor Ramli.

Bagi pihak Indonesia, turut hadir ialah Menteri Luarnya, Retno Marsudi, Duta Besar ke Jepun, Arifin Tasrif; Kepala Sekretariat Wakil Presiden Mohamad Oemar, dan Direktor Timur Tengah Kementerian Luar Achmad Rizal Purnama.

Kategori