Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DSV-LV Buah Tangan Baru...

SELEPAS pembikinan buku motivasi berjudulĀ I Am Me Rahsia Niaga DS Vida, pemilik Vida...

PAN Marah Cara SPRM...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) berang dengan cara Ketua Menteri Pulau...

Pekerja Asing Merantau Bawa...

SUKA kencing, mabuk dan buat bising. Itu antara tabiat buruk sebahagian pendatang warga...

Kes Buang Bayi: Teman...

ALOR SETAR - Teman lelaki kepada penuntut wanita yang disyaki terlibat dalam kes...

Bapa Adib Mahu Prosiding Komital Terhadap Tommy Dipercepat

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini diminta untuk mempercepatkan prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) berkaitan inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang difailkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana kes itu berunsur jenayah, selain prinsip undang-undang pada masa kini yang tidak memberi kelonggaran kepada mana-mana kes seperti itu ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.

ā€œPrinsip undang-undang sekarang tidak memberikan kelonggaran untuk menangguhkan mana-mana prosiding (kes) semena-mena.

ā€œIa perlu ada hujah yang ketat (untuk tangguh), seperti kes Najib Razak baru-baru ini, mahkamah mendapati kes yang berunsur jenayah tidak boleh ditangguhkan dan kes ini (komital) walaupun bukan 100 peratus jenayah tetapi ia tetap mempunyai unsur jenayah.

ā€œJadi jika rujuk pada kes Najib tiada penangguhan boleh dibuat dan sepatutnya kes (komital) ini juga tidak ditangguhkan,ā€ katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi hujahan berhubung permohonan penangguhan prosiding komital tersebut.

Mengulas lanjut Mohamed Haniff Khatri berkata, pihaknya juga tidak mahu kes komital itu ditangguhkan kerana kes tersebut mendapat perhatian semua pihak termasuk masyarakat.

ā€œKalau kita nak lengahkan kes ini payahlah. Bagi kami, mahkamah sepatutnya melaksanakan budi bicara dengan menolak penangguhan prosiding komital ini,ā€ katanya.

Terdahulu dalam sesi hujahan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy, berkata mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk menangguhkan prosiding seperti yang dipohon oleh responden.


Mahkamah kemudian menetapkan 4 November ini sebagai tarikh keputusan permohonan penangguhan komital dihadapi peguam negara.

Sebelum ini Tommy menyerahkan afidavit untuk menggantung prosiding perbicaraan komital tersebut berikutan beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan memberikan keterangan di dalam kandang saksi ataupun melalui afidavit dalam perbicaraan komital dihadapinya.

Pada 16 Julai lepas, bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan perintah komital terhadap Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

Kategori