Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan FRU Tiba Di...

Kuala Lumpur : Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di stesen Transit Aliran Ringan...

Sisik Tenggiling, Gading Gajah...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas tiga tan gading gajah dan lima tan...

Tinjauan Mesra TPM Di...

SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Gangguan Bekalan Air Mulai...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Petaling, Kuala Langat...

Bekas CEO SSM Didakwa 33 Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahad Fenner didakwa dengan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.718 juta.

Pendakwaan 31 pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen  17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana jika didapati bersalah setiapnya boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun, selain denda lima kali ganda nilai suapan. 

Zahrah mengaku tidak bersalah dalam semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Manakala anaknya,  Abdulazeez Wan Ruslan pula berhadapan dengan empat pertuduhan bersuhabat dengan ibunya yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM160,000.

Dua pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta SPRM.

Manakala dua lagi pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, jika didapati bersalah penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-dua sekali. 

Abdulazeez juga mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan dan minta dibicarakan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Allan Suman Pillai mencadangkan mahkamah menetapkan RM1 juta bagi wang jaminan untuk Zahrah dan Abdulazeez.


Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan Zahrah bebas dengan jaminan sebanyak RM300,000 dan dua orang penjamin.

Sementara Abdulazeez pula ditawarkan jaminan sebanyak RM70,000 serta seorang penjamin.

Zahrah dan anaknya dalam masa yangs ama diperintahkan mahkamah untuk melaporkan diri di ibu pejabat SPRM sekali, setiap bulan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 26 November bagi tarikh sebutan semula kes dan penyerahan pasport.

Dua beranak itu diwakili peguam yang sama, Hamidi Mohd Noor.

Untuk rekod, Zahrah dan anak lelakinya telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM pada 2 petang semalam  bagi proses akhir siasatan dan pendakwaan. 

Zahrah yang merupakan akauntan bertauliah, dilantik sebagai CEO SSM pada 2015.

Kategori