Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

12 Tahun Terperap, ‘Dukun’...

SETELAH 'terperap' selama hampir 12 tahun, filem yang diadaptasi daripada kisah Mona Fandey,...

Gadis ‘Kuih Bulan’ Luas...

KEMAMAN - Hanya lapan bulan selepas perniagaan kuih bakulnya menjadi tular di laman...

Tolak Budaya Sebar Maklumat...

KUALA LUMPUR - Rakyat digesa menolak secara total budaya menyebarkan maklumat palsu termasuk...

Perbicaraan Kes Rogol EXCO...

IPOH - Perbicaraan kes EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan...

Belum Sedia Tetap Harga Siling Tambang Penerbangan Domestik

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bersedia untuk menetapkan harga siling tambang penerbangan domestik di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana ia tidak berlandaskan sistem ekonomi pasaran yang diamalkan ketika ini.

Menurutnya, kerajaan sememangnya sedar akan kenaikan melampau harga tiket penerbangan domestik terutamanya pada musim cuti perayaan namun katanya ia tidak selari dengan apa yang diamalkan ketika ini.

“Kalau kerajaan melaksanakan langkah tersebut (tetapkan harga siling tiket penerbangan) ia tidak memenuhi ekonomi pasaran kerana apa yang kita amalkan dalam sistem ekonomi negara kita adalah ekonomi terbuka.

“Bagaimanapun kita telah mengambil pelbagai langkah di mana kita galakkan syarikat penerbangan untuk menambah penerbangan pada musim perayaan supaya kenaikan itu dapat dikurangkan.


“Kerajaan melalui pelbagai agensi di bawah kita seperti Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memberikan sokongan penuh daripada segi kerjasama dan sebagainya untuk menambah penerbangan pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanyakan adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan harga siling tambang penerbangan domestik bagi mengekang kenaikan melampau terutamanya pada musim perayaan.

Kategori