Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong Berkenan Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Pegawai Kesihatan Pahang Pantau...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Pahang akan menggerakkan 120 pegawainya untuk memeriksa premis jualan...

Ciptaan Alat Penyejuk Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Prasarana berjaya menjimatkan berjuta ringgit kos operasi ekoran terciptanya sejenis...

Lelaki Telan Lebih 200...

INDIA - Apabila Rajpal Singh, 34, memaklumkan bahawa dia sakit perut, para doktor...

Beri Subsidi Pengangkutan Bukannya Petrol

KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi terkemuka, Prof. Jomo Kwame Sundaram menggesa kerajaan mengutamakan pemberian subsidi pengangkutan awam berbanding subsidi bahan api atau petrol.

Malah, kata beliau, ini penting bagi membantu golongan bawahan yang lebih banyak bergantung kepada kaedah pengangkutan awam tersebut.

ā€œSiapa yang lebih banyak menggunakan bahan api? (Sudah pastinya adalah kalangan) pemilik kereta. Mereka yang berpendapatan 20% terendah sebaliknya tidak memiliki kereta mahu pun motosikal dan hanya bergantung kepada pengangkutan awam.

ā€œOleh itu, kerajaan perlu meneliti untuk memberi subsidi pengangkutan awam yang digunakan oleh 70% rakyat Malaysia dan kurangkan tumpuan terhadap 30% di peringkat atas,ā€ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan panel perbincangan bertajuk ā€˜Growth and Developmentā€™ pada Forum Megatrend Khazanah 2019.

Jomo berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan memansuhkan mekanisme subsidi petrol sedia ada dan secara berperingkat mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2020.

Mengulas selanjutnya, Jomo berkata: ā€œKerajaan Malaysia telah cuba mengurangkan subsidi (bahan api) ini. Subsidi bahan api di mana-mana negara hanya menguntungkan kelas pertengahan berbanding bawahan.ā€

Menurutnya, Malaysia juga adalah antara negara yang mencatat pemilikan kereta tertinggi di dunia.


Beliau yang juga Penasihat Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah berkata kerajaan juga perlu menimbang peluang pertumbuhan atau pembangunan lainnya termasuk beralih kepada penggunaan biodiesel.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan meliberalisasikan sektor tenaga, beliau berkata ini sejajar komitmen ke arah menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang sepatutnya diutamakan.

ā€œApabila projek penjana tenaga bebas (IPP) diberi kepada syarikat, kebanyakannya menjana tenaga menggunakan diesel.

ā€œNamun kini mereka menggunakan arang batu iaitu satu langkah ke belakang kerana terdapat banyak bahan sufida dan sulfit yang terlepas ke ruang udara dan menjejaskan kesihatan orang ramai,ā€ katanya.

Kategori