Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mana ‘Pasu-Pasu Bunga’ Dalam...

APA yang kita nak terkejut apabila beberapa YB DAP berbangsa Cina berjuang mahu...

Taklimat Khas Di Kota...

KERJASAMA politik di antara dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas mungkin...

Isu Lagu Negaraku Gambaran...

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan lagu Negaraku...

Lelaki Ditahan Disyaki Cabul...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis semalam kerana disyaki...

Bilangan Mangsa Banjir Meningkat Kepada 1,676 – Nadma

PUTRAJAYA – Bilangan mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 1,676 orang daripada 466 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 1,183 mangsa daripada 350 keluarga pukul 8 malam semalam.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Kuala Selangor, Selangor, seramai 784 mangsa daripada 245 keluarga dipindahkan ke empat pusat penempatan sementara (PPS) di daerah itu.

Di Johor, seramai 341 mangsa daripada 91 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS, dengan empat daripadanya baharu dibuka di Kluang dan Kulaijaya, manakala selebihnya di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Di Perak, jumlah mangsa terlibat ialah 368 orang daripada 84 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Hilir Perak, satu di Kerian dan satu di Batang Padang (baharu dibuka).

Di Seberang Perai, Pulau Pinang, bilangan mangsa banjir kekal 137 orang daripada 31 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Di Kedah pula, sebuah PPS baharu dibuka di Kulim Kedah yang menempatkan 21 mangsa daripada lima keluarga, manakala satu lagi PPS yang dibuka di Pendang semalam menempatkan 40 orang daripada 15 keluarga.

Kategori