Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di perairan luar pantai negeri-negeri...

Rampasan Kuasa Di Sudan,...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan setakat ini kesemua 42 rakyat Malaysia yang berada...

Mamat Mohon Maaf, Akan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan vokalis Exists Reunion, Mamat memohon maaf kepada peminat...

Covid-19: 3,934 Kes Baru,...

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 3,934 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti...

Bintang K-Pop Sulli Ditemui Mati

SEOUL – Bintang K-pop, Sulli ditemui mati di kediamannya di sini.

Beliau berusia 25 tahun.

Polis kini melancarkan siasatan untuk mencari punca kematiannya yang didakwa bunuh diri.

Bintang itu memiliki lebih 5 juta pengikut di Instagram, adalah bekas ahli sebuah band tetapi meninggalkan kumpulannya pada tahun 2015 untuk memberi fokus dalam bidang lakonan.

Sulli selalu muncul dalam beberapa program TV dan menyatakan beliau selalu menjadi mangsa penyalahgunaan Online.

Sesetengah percaya Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, menarik diri sebagai artis K-pop selepas bergelut dengan penyalahgunaan Online.


Sulli dikenali kerana artis yang kontroversi.

Beliau tanpa malu pernah memberitahu peminat-peminatnya bahwa mereka mempunyai pilihan untuk mendedahkan tubuh masing-masing.

Malah, beliau turut terlibat dalam skandal â€˜no bra’, yang mana beliau mendedahkan buah dadanya dalam beberapa acara.

Sejak itu beliau mengalami penganiayaan di media sosial. – Agensi

Kategori