Monday, July 1, 2024

Creating liberating content

RELA Mohon Siasat Keputusan...

PUTRAJAYA — Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kebajikan Anggota Keselamatan Dibela...

GEORGE TOWN - Pengorbanan setiap anggota keselamatan yang terlibat dalam nahas atau tragedi...

Nestle Bakal Lancar Produk...

GENEVA - Berita baik bagi penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui...

Penonton Kesan Kanser Di...

SEORANG penyampai popular rancangan bersiri Flip or Flop, Tarek El Moussa, 34 telah...

“Bukan Saya Saja Yang Nak Shahir” – Erra Fazira

KUALA LUMPUR – Erra Fazira menyangkal dakwaan tindakan menampilkan Shahir dalam muzik video single terbarunya, Menangkah Cinta sebagai gimik murahan.

Erra, 45, memberitahu, dia tidak memerlukan strategi begitu untuk meraih perhatian. Sebaliknya, kemunculan penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah atas dasar persahabatan.

“Kalau hendak buat gimik murahan semata-mata mahu tular, baik saya buat lebih teruk dari itu. Kalau sekadar berlakon dengan Shahir, pada saya, itu perkara biasa.

“Sejujurnya, Shahir bukanlah pilihan utama. Ini kerana kami menyenaraikan ramai pelakon lain antaranya Zul Ariffin, Remy ishak, Ungku Ismail dan Datuk Awie.

“Namun, disebabkan jadual pelakon lain ketat dan Shahir sahaja ada kelapangan, dia terpilih. Ini juga atas persetujuan bersama termasuk pihak pengurusan dan produksi, bukannya kemahuan saya sahaja,” katanya kepada BH Online.

Dalam muzik video rasmi itu, terselit babak juara musim kelapan Akademi Fantasia (AF) itu bersama seorang wanita lain dalam keadaa mesra.

Adegan itu didakwa seperti sengaja dibuat bagi membangkitkan ingatan peminat terhadap kontroversi yang mengaitkan Shahir pernah berlaku curang, ketika gosip percintaannya dengan Erra hangat diperkatakan, beberapa tahun lalu.


Mengulas dakwaan itu, Erra menjelaskan dia tidak berniat menyindir teman baiknya itu.

“Tidak ada istilah curang dalam penceritaan muzik video ini. Apa yang nak disampaikan adalah perjalanan hidup saya yang sering dilihat berdua dengannya, tetapi hakikatnya saya seorang sahaja.

“Walaupun kami berada di tempat yang sama, tetapi sebenarnya kami berada di situasi yang berbeza.

“Shahir ada bertanyakan perkara ini. Namun, selepas diberi penerangan, dia memahami sambil menyerahkan kepada penonton untuk menilai sendiri,” katanya.

Lagu Menangkah Cinta ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik dihasilkan Iman Imran boleh didapati di semua pelantar digital mulai 27 September lalu. Setakat ini, lebih 100,000 tontonan video lirik lagu itu sudah direkodkan. – BH Online

Kategori