Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Hilang Ditemui...

PIHAK polis menemui mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang 25 tahun lalu di...

Madrasah Bukan Tempat Sebar...

PETALING JAYA - Madrasah bukan tempat untuk menyebarkan militan, dakwa abang kepada seorang...

Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan...

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut...

Amanah Dilarang Anjur Aktiviti...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti...

“Cleopatra Bukan Transgender, Bukan PA Saya” – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memberi penjelasan berhubung pelbagai fitnah dan tohmahan bukan sahaja kepada dirinya, malah individu di dalam video yang tular baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan itu dengan tegas menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan trangender.

Menurut beliau, khabar angin yang tular berserta video serta gambar wanita berkenaan di pejabatnya bukan seperti yang didakwa.

“Ada fitnah berkata dia PA (pembantu peribadi) atau setiausaha saya, itu jelas fitnah. Kalau nak semak boleh tanya pegawai tertinggi KBS.

“Kalau tengok portal kementerian, itu pun tahu tak betul,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Syed Saddiq berkata, beliau dimaklumkan individu yang menemuinya itu adalah wanita sejati, selain mempunyai dua orang anak kandung.


“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai mereka (netizen) guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” katanya lagi.

Tular satu video berdurasi satu minit memaparkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Wanita yang menggunakan nama profil ‘Cleopatra’ di laman Instagramnya itu didakwa netizen seorang transgender yang bekerja dengan Syed Saddiq. – Astro Awani

Kategori