Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Fail Saman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap AmBank dan...

Tawaran Rebat Mitsubishi Malaysia...

Sempena tahun 2015 yang kurang dari 10 hari lagi, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi...

JKNMPP Bikin Pembangkang Gelisah!

KUALA LUMPUR - Parti pembangkang kelihatan gelisah berikutan pengumuman kerajaan mahu mewujudkan Jawatankuasa...

Mati Tinggalkan 86 Isteri

ABUJA - Seorang lelaki berusia 93 tahun yang pernah berkahwin sebanyak 130 kali,...

Cuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh.

Menurutnya, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

“Kedua kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 sebulan.

“Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur.


“Keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kerajaan juga akan meneruskan usaha untuk memodenkan pasaran buruh negara dengan menambah baik syarat pekerjaan untuk pekerja.

Kategori