Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mabuk Buat Kecoh,...

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Sia Akhirnya Dedah Wajah...

PENYANYI dan komposer terkenal, Sia, selama ini terkenal dengan sikap suka 'menyembunyikan' wajahnya...

Mak Nyah Tak Puas...

GARA-GARA memakai kanta lekap tidak berjenama, seorang 'lelaki' mendakwa menderita sakit pada bahagian...

DKKA Jadikan Malaysia Negara Kekal Berdaulat

PUTRAJAYA – Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) akan menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman, makmur dan dihormati di persada dunia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, dasar itu juga akan menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu serta berupaya mempertahankan kepentingan nasional.

Ketika melancarkan DKKA itu di sini hari ini, Mahathir berkata, dasar itu juga akan melengkapi Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang merupakan satu dasar payung dalam aspek keselamatan negara.

“Dasar ini dirangka sebagai panduan dan rujukan bagi mendepani pelbagai isu dalam sektor keselamatan dan ketenteraman awam yang kian mencabar,” katanya.

Mahathir berkata, DKKA amat diperlukan di waktu negara berhadapan dengan ancaman keselamatan yang begitu kompleks dan sukar ditangani dengan cara-cara konvensional.

“Kerajaan bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan negara dan rakyat terjamin. Negara yang selamat dan aman akan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya.Ā 
Ā 
Mahathir berkata, DKKA amat diperlukan di waktu negara berhadapan dengan ancaman keselamatan yang begitu kompleks dan sukar ditangani dengan cara-cara konvensional.


“Kerajaan bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan negara dan rakyat terjamin. Negara yang selamat dan aman akan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya.Ā 

Perdana Menteri berkata, dunia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan yang kompleks. 

“Ancaman ini memberikan satu cabaran yang besar kepada mana-mana kerajaan di dunia bagi memastikan keselamatan negara dan rakyatnya terjamin,” katanya.Ā 

Menurut Mahathir, keselamatan dan ketenteraman awam merangkumi semua aspek dari pemeliharaan kelangsungan perlembagaan dan institusi agama, bangsa dan tanah air; pengukuhan keselamatan sempadan; menjamin keselamatan dan ketenteraman awam; memerangi ancaman dadah; dan melindungi aset dan sasaran penting negara.

Kategori