KUALA LUMPUR – Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu kepada peminat.
Menerusi Instagramnya sebentar tadi, Elfira, 25, mengumumkan bayi lelaki yang dilahirkan pada pukul 5.40 petang semalam sebagai Muhamad Rayyan Khalaf.
“Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris. Dilahirkan semalam, 1 Oktober pada pukul 5.40 petang secara normal.
“Alhamdulillah syukur kerana bayi kami dilahirkan dengan sihat. Dunia kami rasa sempurna dan hati kami dipenuhi kasih sayang tidak terbanding,” tulis Elfira.
Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuat naik gambar wajah bayi lelakinya turut mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu.
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi. Setiap minit di dalam bilik pembedahan, setiap kesakitan dan momen saya lalui diulang kembali.
“Ya Allah, seperti sukar dipercayai. Terima kasih Ya Allah, keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami,” ujarnya. – K! ONLINE