Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tabung Haji Umum Agihan...

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat...

Pemimpin UMNO Melaka Dikaitkan...

MELAKA TENGAH - Polis membuka kertas siasatan berhubung cubaan melakukan serangan seksual terhadap...

Pulau Caribbean Siap Sedia...

BRIDGETOWN - Barbados dan pulau-pulau di Caribbean bersiap sedia kemungkinan berdepan keadaan tekanan...

Lirik Ada Maksud, Amylea...

DRAMA bersiri Nur sememangnya telah mengangkat lagu temanya yang berjudul Tak Pernah Hilang...

Facebook, Instagram Haram Emoji Sindiran Lucah

KUALA LUMPUR – Laman media sosial popular, Facebook dan dan Instagram mengharamkan penggunaan ikon atau emoji seksual termasuk terung, buah peach dan titisan air.

Garis panduan terbaharu melarang kesemua emoji tersebut dan tidak boleh digunakan kerana ia menggambarkan aktiviti dan bahagian tubuh yang disamakan dengan ikon-ikon itu.

Peraturan baharu itu di bawah Seksyen 16, Komuniti Standard di bawah Permohonan Seksual.

Emoji terung dan buah pic antara ikon yang diharamkan di Facebook dan Instagram.

Dengan pengenalan kepada penambahan baharu itu, Facebook memaklumkan pihaknya meletakkan ‘when content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.’

Terdapat dua kriteria baharu di bawah seksyen berkenaan.


Yang pertama adalah pengguna mesti ‘secara tersirat atau tidak langsung’ menawarkan beberapa bentuk komunikasi seksual sama ada ‘imej telanjang,’ seks, atau ‘perbualan sembang seks’.

Kriteria kedua pula adalah bahawa kandungan harus mempunyai beberapa bentuk ‘unsur-unsur yang bersifat seksual.’

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik kerana terlalu memberi perhatian mengenai isu itu berbanding rasis dan propaganda yang ada di laman sosial yang sama. – Agensi 

Kategori