Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Tabung Uji Ini...

KISAH pelik ini mengenai berita kelahiran seorang bayi cukup istimewa yang dilaporkan berlaku...

Marcos Sasar Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Marcos Antonio berharap dapat...

Aliff Syukri Salahkan Netizen...

SEMALAM kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan dimuat naik oleh pengasas terkenal, Datuk Seri...

Mexico Catat Kes Bunuh...

LONDON - Institut Antarabangsa untuk Kajian Strategik (IISS), melaporkan sebanyak 23,000 kes bunuh...

Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 120 kawasan di wilayah Gombak dan 57 kawasan di ibu negara bakal mengalami gangguan bekalan air sementara selama selama 23 jam, Khamis dan Jumaat ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad, berkata gangguan itu berikutan pelaksanaan kerja penggantian injap.

“Gangguan bekalan air membabitkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar akan bermula jam 9 malam Khamis dan dijangka pulih sepenuhnya jam 8 malam keesokannya (Jumaat).

“Pelaksanaan kerja ini disebabkan kawasan Kolam Air Kepong Estate mengalami kebocoran yang serius.

“Kerja penambahbaikan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelak insiden luar jangka yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pelanggan pada masa hadapan.

“Orang ramai dinasihat menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Air Selangor akan menggerakkan bantuan lori tangki air dengan keutamaan bagi pelanggan di premis kritikal dan kecemasan.

Maklumat lanjut dan status terkini boleh didapati dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di talian 15300 atau melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com.

Orang ramai boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui aplikasi WhatsApp ke 019-2816793 atau 019-2800919.

Kategori