Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

90.6 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu...

Saya Tak Nampak Jalan...

Sekali lagi Rozana Misbun menjadi tumpuan media setelah dia mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia...

Nilai Semula Diri Untuk...

PUTRAJAYA - Masyarakat disaran bermuhasabah diri dengan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai titik...

Samsung ‘Bahan’ Apple Sebab...

Bukan rahsia lagi iPhone 6 Plus dikritik hebat kerana mengalami masalah bengkok setelah...

GPS Tidak Sertai Gabungan Pembangkang Di Semenanjung

KOTA SAMARAHAN – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai mana-mana gabungan parti pembangkang di Semenanjung, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, gabungan itu mahu menjadi gabungan parti yang bebas dan berdiri sendiri di Sarawak.

“Kami bebas, kami adalah GPS, kami bergerak bersendirian,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam berita online baru-baru ini yang menyebut UMNO dan sekutunya boleh menjadi ‘kuasa ketiga’ di negara ini.

Ini menerusi gabungan 40 Ahli Parlimen (MP) dari UMNO, 18 MP dari Pas dan kemungkinan juga 19 MP dari Sarawak dan sembilan MP dari Sabah.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, GPS mempunyai sejumlah 19 MP.

Kategori