Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Pekerja Kedai Makanan...

DALAM perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman, aspek kebersihan perlu dititiberatkan oleh setiap...

Kastam, UPP Rampas 210...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan kerjasama Unit Pencegah Penyeludupan...

Permintaan Perjalanan Udara Meningkat...

KUALA LUMPUR - Jumlah pergerakan penumpang udara global pada 2014 menunjukkan permintaan meningkat...

Gembira, Teruja Pandu Lori...

SHAH ALAM - Seorang anak peneroka Felda Jengka 15, Pahang antara pemandu lori...

Guru Bersarapan Bersama Murid Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid pada tahun hadapan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, program itu bertujuan membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih berkesan selain mengeratkan hubungan antara pendidik dengan anak didik di sekolah.

“Kebanyakan masa berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga adalah ketika makan dan kita cuba untuk mewujudkan suasana tersebut antara guru dengan anak didik mereka di sekolah.

“Interaksi guru dan anak murid ketika makan dilihat amat penting dan bukannya sekadar menunjukkan adab makan yang baik semata-mata. Sebab itu saya selalu galakkan guru makan bersama anak murid,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri tayangan istimewa filem ‘Raatchasi’ bersama warga pendidik di Setia Walk Mall dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.


Sementara itu, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengembalikan semula program TV Pendidikan untuk mengetengahkan guru-guru yang banyak berkorban untuk anak bangsa.

Katanya, program tersebut akan memberi fokus kepada para guru yang mempunyai amalan pendidikan yang baik dan layak dianggap sebagai wira.

“Kita mahu tonjolkan guru-guru ini kepada masyarakat dah saya berharap sekiranya ada ibu-bapa atau pun pelajar yang kenal guru seperi ini boleh maklumkan kepada pihak kementerian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori