Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Diserang...

SEGAMAT - Pencarian rezeki sepasang suami isteri warga emas yang mengambil upah menoreh...

Azam Tekad Beri Khidmat...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu, Datuk Seri...

Jutawan Kasino Abdi Diri...

Damian Aspinall boleh diklasifikasikan sebagai seorang insan yang memiliki hati mulia.Apa tidaknya, walaupun...

PKR Dilanda Krisis Isu...

BELUM apa-apa dah bergaduh…. Krisis berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

Guru Didakwa Miliki Barangan Pengganas LTTE

SEPANG – Seorang guru fizik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada R Sundram, 52, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang.

Berdasarkan pertuduhan, Sundram didakwa memiliki item berkaitan LTTE di sebuah premis di Taman Telok kira-kira jam 2.30 petang pada 12 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dilucutkan item tersebut.

Peguam R Kirthiraj merayu supaya mahkamah membenarkan Sundram diikat jamin sebelum dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasidi.

Azlina memberi alasan pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak dibenarkan jaminan.


Beliau turut memohon tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan pakar dan keizinan bagi memindahkan kes ke mahkamah tinggi.

Hakim Saifulakmar Mod Said yang tidak membenarkan jaminan turut menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Sundram tiba di pekarangan mahkamah jam 8.10 pagi dikawal ketat polis.

Kategori