Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peluru Tembus Tengkorak Gajah...

KOTA KINABALU - Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pigmi yang ditemukan...

Politik Lagakan Pemimpin Ancam...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, memberi...

39 Mati, 40 Cedera...

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan 40 yang lain cedera selepas dua lelaki...

Bilangan Jenazah Dibawa Pulang...

MIRI - Jumlah jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang akan dibawa pulang Khamis...

Inflasi Dijangka Berkembang 2% Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Inflasi dijangka meningkat dua peratus pada 2020 disebabkan oleh jangkaan pengenalan subsidi minyak bersasar.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, peningkatan ini juga sebahagiannya disumbangkan oleh kesan asas yang semakin berkurangan dan pelaksanaan levi pelepasan.

“Unjuran inflasi juga tertakluk kepada perubahan kadar pertukaran asing dan ketidaktentuan harga minyak global berikutan ketegangan perdagangan dan geopolitik,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019.

“Kadar inflasi yang rendah disumbangkan oleh penetapan harga RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 dan RM2.18 sejak Mac 2019.

“Langkah ini menyebabkan indeks kumpulan pengangkutan menguncup 3.6 peratus yang seterusnya mengurangkan IHP keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, IHP diunjurkan meningkat 0.9 peratus pada 2019, sebahagiannya disebabkan oleh pengenaan levi pelepasan antara RM8 dan RM150 mulai September.


Pengenalan duti eksais ke atas minuman bergula pada Julai dijangka memberi impak minimum kepada inflasi keseluruhan memandangkan wajarannya yang kecil dalam bakul IHP, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dijangka meningkat pada tahun depan dengan kesan asas berkurangan dan aktiviti pengeluaran yang kembali ke paras normal.

Ia menurun dua peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos 2019 disebabkan oleh penurunan indeks sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (-10.3 peratus), perlombongan (-3.8 peratus) dan pembuatan (-1.1 peratus).

Keadaan ini berpunca daripada harga komoditi yang lebih rendah terutama minyak mentah dan minyak sawit mentah yang mengurangkan kos pengeluaran, kata laporan itu.

Kategori