Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Lengan Baju Tunku...

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah...

Wanita Didakwa Menikam Tuan...

Seorang wanita Malaysia berusia 34 tahun  didakwa di mahkamah pada hari Isnin (23...

Kerajaan PH Akui Sukar...

SEPERTI yang sudah dijangka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Warga Indonesia Hilang Keluar...

KUCHING – Seorang warga Indonesia dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ketam di laut...

Isu Peralihan Kuasa PM Harus Dibincang Dalaman

PONTIAN – Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terperinci seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sememangnya soal peralihan kuasa disebut ketika perjanjian awal antara empat pemimpin melibatkan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (ketika itu Presiden PKR), Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).

“Saya tak ingat. Waktu kita nak bincang dulu, siapa nak jadi Perdana Menteri (PM), siapa yang kita nak tonjolkan kepada calon, jadi kita kata Dr. Mahathirlah. Mula-mula ada juga yang tak berapa setuju tetapi akhirnya, ada persefahaman, ‘ok’ Tun (Dr. Mahathir) ditonjolkan sebagai PM sekiranya PH menang (pilihan raya umum).

“Perkara ini adalah sesuatu yang semua pemimpin duduk berunding dan cari kata sepakat, tak usah bergaduh,” kata beliau kepada pemberita di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini petang ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai peralihan kuasa antara dua pemimpin itu dan sama ada, ada disebut tempoh peralihan ketika perjanjian awal antara empat pemimpin PH itu.

“Saya rasa kita tidak boleh mengelak peralihan kuasa, jadi saya kata, biar perkara itu diteliti oleh pemimpin PH. Elok berbincang, Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin utama. Kita tunggu,” katanya ketika ditanya sama ada peralihan kuasa akan berlaku.


Jelas beliau, apa yang lebih penting ialah bagi pemimpin PH menumpukan kepada soal membangunkan negara.

“Yang penting, tumpukan pada soal pembangunan negara supaya PH sebagai sebuah kerajaan dilihat berkesan. Banyak perkara yang belum selesai. Saya fikir PM memang beri fokus soal itu supaya ekonomi pulih, rakyat rasa lebih baik, ini yang utama,” kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, soal peralihan kuasa itu ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang mahu menimbulkan ketidaktentuan, ketidakstabilan dalam PH.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri majlis ramah mesra antara warga kementerian dalam negeri (KDN) di IPD Pontian.

Kategori