Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muafakat Nasional Gagal Sepakat,...

SHAH ALAM : Pemimpin UMNO dan Pas seharusnya bermuhasabah dan tidak menyalahkan mana-mana...

Pesta Seks & Dadah,...

MUNGKIN pada hari minggu akan dipilih sebagai waktu yang sesuai bagi anak muda...

Kerajaan Pertingkat Usaha Kesedaran...

LANGKAWI - Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai program...

Bencana Banjir: China Hulur...

ATAS dasar keprihatinan ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia,...

Kaji GST: “Kehendak Rakyat Kata Dia” – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Facebooknya susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir sebelum itu berkata, kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika itu kehendak rakyat.

Melalui hantaran dimuat naik sejam lalu, Najib secara ringkas memberi komen “ABCD… GST. ‘Kehendak rakyat’ kata dia.”

Hantaran itu menerima reaksi lebih 10,000 pengguna sosial dan mendapat komen sebanyak 2,225 komen serta dikongsi 1,391 pengikut laman sosial Najib.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.


Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, keputusan untuk pelaksanaan sistem percukaian itu tidak akan dimasukkan pada Bajet 2020 yang akan dibentang 11 Oktober ini.

GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST). – Sinar Harian

Kategori