Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS & Parti Lain...

MARANG - PAS mengulangi pendirian parti itu bahawa jalinan kerjasama dengan parti-parti lain...

Caitlyn Jenner Dengan Rasmi...

BEKAS bintang atlet Olimpik, Bruce Jenner yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner secara...

DAP P.Pinang Tidak Akan...

GEORGE TOWN - DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota...

Polis Kenal Pasti Mangsa...

GOPENG - Dua mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara...

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang Kumbahan

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di Kuarters Polis Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian itu Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemukan anggota penyelamat pada kedalaman dua meter dalam lubang terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohd Fadzeli Che Hussin berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi.

“Anggota bertindak menggunakan pam untuk mengeluarkan sebahagian air kumbahan untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Seorang anggota dipakaikan abah-abah dan tali untuk mencari mangsa di dalam lubang terbabit pada kedalaman dua meter dan menemui mangsa pada jam 9 pagi,” katanya.


Menurutnya, anggota memberi bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) setelah mangsa berjaya dikeluarkan.

“Bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kategori