Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

RM30 Juta Bangunkan Tasik...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas RM30 juta bagi...

UMNO Tetap Saman Semua...

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mengambil tindakan saman terhadap kesemua Ahli Parlimen...

Derita Ibu Sakit Kanser...

BALING - Pelbagai bentuk bantuan mula dihulurkan kepada Zarina Jusoh, 45, yang menderita...

Padah Anggota Polis Rogol,...

SEORANG anggota polis di United Kingdom (UK) yang merakamkan dirinya merogol seorang wanita...

Kepala 2 Beranak Disembunyi Atas Siling Rumah

MELAKA – Kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayat mereka dikerat lapan, Khamis lalu disembunyikan oleh suspek di atas siling rumah mangsa.

Sumber memberitahu, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemui polis di rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

“Bahagian kedua-dua kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu) untuk pengesahan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, BH melaporkan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim dipetik sebagai berkata, polis tidak dapat mendedahkan penemuan anggota badan terbaharu, iaitu kepala mangsa yang dikhuatiri mengganggu siasatan atau pertuduhan.

Beliau sebaliknya memberitahu usaha pencarian bahagian pergelangan tangan juga masih dilakukan kerana dipercayai bahagian itu dibuang ke dalam tong sampah.

“Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain.


“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang, selain sudah lama,” katanya sebelum ini.

BH Khamis lalu melaporkan mayat dua beranak mangsa bunuh ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, pada 4 petang.

Mayat mangsa wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan dan kawasan semak sebelum ditemukan pemotong rumput.

Susulan itu, Sabtu lalu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu. – BH Online

Kategori