Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Pembenihan Awam Di...

KUCHING - Operasi pembenihan awan yang dilakukan sejak 21 Julai lalu di beberapa...

Minum Air Bergaram, Pelarian...

MA'RIB, Yaman : Nasib malang lebih tiga juta pelarian dalam negara (IDP) di...

KP Jasa Kongsi Cerita...

BIARPUN sibuk dengan pelbagai urusan rasmi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa),...

Ribut Petir Di Sabah,...

PETALING JAYA- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di beberapa kawasan...

Kerajaan Perak Tidak Benar Kempen BMF Di Masjid

IPOH – Kerajaan Perak tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan kempen “Utamakan Beli Produk Muslim” atau “Buy Muslim First” (BMF) di masjid seluruh Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, ini kerana ia jelas bertentangan dengan polisi kerajaan negeri yang menggalakkan masyarakat mengutamakan produk halal.

“Kerajaan sekarang sedang mempromosikan barangan halal, tetapi jika tiba-tiba mengatakan beli barangan Muslim dahulu, jadi apa akan jadi kepada barangan bukan Muslim yang halal.

“Tidakkah di situ akan ada konflik antara apa yang kerajaan hendak dan apa yang segelintir pihak ini buat?” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Kerjaya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Perak 2019 di Mydin Mall Meru, di sini semalam.

Terdahulu sebuah NGO yang dikenali sebagai Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Perak menganjurkan kempen BMF peringkat masjid negeri Perak di Masjid An-Nur, Batu 8, Hulu Kinta.

Asmuni berkata, penganjuran kempen itu bukan sahaja tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat Muslim, malah dilihat rasis dan bersifat politik.


“Kita bukan tak menyokong produk Muslim diberikan keutamaan, tetapi pendekatan itu janganlah nampak rasis kerana yang kita nampak ia didalangi parti politik pembangkang. Jadi apa agenda mereka ini sebenarnya?” katanya.

Katanya beliau juga akan meminta penjelasan lanjut daripada Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, yang didapati turut terlibat secara langsung dalam penganjuran kempen berkenaan.

“Pihak kerajaan sendiri kesal penglibatan Jabatan Mufti Perak, terutama ustaz Zamri Hashim sendiri yang sepatutnya memainkan peranan yang baik, bukan menjadi juara di sini. Saya akan panggil dia untuk minta penjelasan,” katanya.

Kategori