Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Kebakaran Terima RM25,000...

KUALA TERENGGANU - "Kami sekeluarga bersyukur dan terharu sangat dengan bantuan kerajaan negeri...

Erra Tertekan Hubungan Baik...

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra...

Apa Beza Tubuh Mereka...

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin...

DAP Bakal Guna Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini diingatkan supaya berhati-hati dengan strategi licik...

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan Harga Siling Petrol

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang menetapkan harga siling minyak petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertemuan bersama syarikat minyak memberi gambaran bahawa harga minyak dunia akan berlegar di antara AS50-60 per tong ketika pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 nanti.

“Ketika harga diapungkan nanti kalau kita benarkan lonjakan sehingga RM2.50 impak ekonominya sukar diperbetulkan. Jadi peningkatan itu adalah 1,2 atau 3 sen sangat bergantung kepada momen ketika Januari itu keadaan harga minyak mentah dunia.

“Prinsip itu AS50-60 per tong kita sudah boleh buat ramalan. Peningkatan itu sangat minima agar tidak memberi kesan parah yang sukar diperbetulkan kepada rakyat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) sama ada kerajaan akan menetapkan harga syiling minyak jika naik terlalu tinggi.


Tambah Saifuddin prinsip ini tidak membebankan rakyat kerana mereka masih dapat menikmati subsidi kerajaan.

“Jika naik 2 sen bermaksud harga di pam RM 2.10 walhal harga ketika itu masih diberi subsidi 25 sen. Jadi rakyat masih terima 21 sen subsidi,” katanya.

Harga petrol RON95 akan diapungkan bermula tahun depan berikutan pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP).

Kategori