Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja MAS Maut Kereta...

BINTANGOR - Seorang pekerja MAS maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori...

Video: Saja Nak Cuba...

KOTA BHARU - Tular menerusi media sosial mengenai video tiga pelajar perempuan di...

Sabah Tetap Milik Malaysia!

WISMA Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk...

Pernah Hidup Terdesak, Nam...

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengarah, Nam Ron mendedahkan, adegan lelaki ditahan polis kerana...

Kerajaan Tidak Cadang Laksana Tempoh Hayat Kenderaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi berkaitan Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) menerusi Dasar Automotif Nasional (NAP) yang disemak semula kerana ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr. Ong Kian Ming berkata, kerajaan akan menambah baik ‘roadworthiness’ (kelayakan untuk berada di atas jalan raya) supaya kenderaan lama selamat dipandu dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam semakan semula NAP 2019, tiada polisi akan dibentang untuk ELV, sebab kereta lama misalnya lebih 10 tahun masih digunakan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi jawab lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang ingin tahu sekiranya semakan semula NAP akan melibatkan polisi terhadap tempoh hayat kenderaan.

Ketika menjawab soalan asal Kiti Siang mengenai status terkini semakan NAP, Ong memaklumkan bahawa NAP kini berada di peringkat akhir semakan dan dijangka dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat sebelum diumumkan akhir tahun ini.


“Kajian semula NAP dimulakan sejak Februari 2018 bertujuan menambah baik NAP sedia ada dengan memperkenal elemen teknologi baharu seperti ‘Next Generation Vehicle’ dan ‘Industrial Revolution 4.0’, serta sektor baharu ‘Mobility as a Service’,” katanya.

Mengenai ekosistem kenderaan hibrid dan cekap tenaga (EEV), Ong berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu selepas NAP baharu dibentangkan.

“Kita akan buat ‘road-map’ untuk isu-isu berkaitan dan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim supaya ekosistem EEV dapat diperkembang dan dinaik taraf,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu mengenai ekosistem EEV di negara ini.

Kategori