Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

LGE Bantah Cadangan P.Pinang...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata beliau tidak...

Pelajar Tahfiz Maut Langgar...

KUANTAN - Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah...

Neelofa Unfollow Instagram Fattah...

BARANGKALI kecewa hubungannya dengan Fattah retak akibat orang ketiga, pengacara dan pelakon Neelofa dikatakan...

Jumlah Mangsa Di Kelantan...

KOTA BAHARU - Jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan menurun sedikit...

Kerja ‘Runner’ Tak Bermaruah: UPM Arah Pensyarah Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia mengarahkan pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari supaya memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan pekerjaan e-hailing sebagai tidak bermaruah.

Universiti itu dalam kenyataannya berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat khusus kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Walaupun menyifatkan pandangan tersebut bersifat peribadi, namun Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor. Dr. Azmawani Abd Rahman berkata, pihaknya menyiasat perkembangan tersebut dan masih menunggu penjelasan lanjut dari pensyarah berkaitan.

Katanya, pensyarah tersebut berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau.

“Bagi memurnikan situasi yang sedang berlaku, UPM akan meminta pensyarah terbabit mengeluarkan kenyataan permohonaan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.


Menurut Dr. Azmawani, UPM mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media.

Katanya, universiti itu juga sering memberi peringatan dan memantau warganya supaya mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dan tidak memberi sebarang kenyataan yang berbentuk provokatif, menyinggung, dan memberi persepsi negatif.

Pensyarah berkenaan, Mohd Yusof dalam program temu bual di televisyen ketika ditanya tentang gig ekonomi menyifatkan kerja-kerja penghantaran seperti Gojek sebagai kerja-kerja tak bermaruah. – MalaysiaGazette

Kategori