Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Guru Biologi Marin Cipta...

KENANGAN... Stephen Hillenburg, pencipta kartun SpongeBob Squarepants popular menerusi televisyen, pawagam dan pentas, disahkan...

Luciano Figueroa Mohon Maaf

JOHOR BAHRU - Pengurus dan Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim...

MB Perak Minta Najib...

BATU GAJAH - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya...

Curi Pelbagai Barang, Bapa...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barangan termasuk coklat di sebuah pasar...

Kes Adib: Polis Masih Tunggu Arahan Peguam Negara

PUTRAJAYA – Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara susulan keputusan inkues kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima sebarang arahan lanjut.

“Kami belum menerima (arahan) rasmi. Jadi, apabila kita menerimanya, kita akan menyemaknya dan lihat apa yang akan kita lakukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di sini hari ini.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad, memutuskan punca kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Kategori